Cerita ni sepatutnya dikongsi lebih awal…berlaku di bulan puasa lepas. Kisahnya, pada satu hujung minggu aku keluar dengan family untuk shopping hari raya. Kawasan tumpuan ialah KLCC dan Ampang. Disebabkan keluar pun dah tengahari, so aktiviti shopping berlarutan sampai ke petang..sehinggalah tiba waktu untuk berbuka puasa. Atas desakan anak-anak kitorang bersetuju untuk ke Mc Donald berhampiran Taman Dagang..atau lebih tepat lagi di Carrefour Ampang. Ini kali pertama menjejakkan kaki ke situ walaupun sedar kewujudannya dah lama. Sebabnya? Tak sanggup nak melalui pesta lampu brek yang terkenal di kawasan Ampang.

Tempat parking di Carrefour Ampang banyak…orang pun tak ramai sangat..(lega!!) Sampai je di Mc Donald, barisan panjang menunggu arghhh!! tension betul. Sementara nak menunggu, waktu berbuka puasa pun sampai…dapat lah secawan sirap complimentary drink dari Mc Donald. Aku memang tak suka sangat makan di situ tapi lebih kepada memenuhi kehendak anak-anak. Selepas setengah jam beratur, barulah dapat apa yang dipesan. Kemudian kami mencari restoran lain kerana aku memang kena makan nasi!! Mujur ada sebuah restoran dengan nama Bara 1 Bistro ada bersebelahan. Ada sesuatu yang menarik di menunya, masak lomak cili api daging!! Setelah dinikmati, ternyata tak sia-sia kerana memang sedap. Kuahnya pekat, pedas dan sangat memenuhi citarasa aku. Ada sesuatu yang lain menarik perhatian kami semasa makan di situ, iklan discount untuk branded perfume. Untuk pelanggan Bara 1 Bistro, ada discount 30% untuk branded perfume yang dijual di kedai bertentangan, juga dipunyai oleh owner yang sama. Wah! Menarik jugak ni fikirku.. Selesai makan, terus ke kedai perfume..

Isteri tersayang belikan aku sebotol perfume Dunhill Desire..mungkin sebagai ganti perfume yang hilang dulu..Terima kasih sayang! Mulanya aku sangka perfume ini tiruan, tetapi ternyata ianya tulen dan yang paling penting mampu dibeli! Ada banyak jenama dijual di sini. Jika berminat untuk membeli branded perfume, pergilah ke Carrefour Ampang. Tapi jangan lupa, makan di Bara 1 Bistro dulu!!!
U.k5 kafe di G-18_GB, Jln Prima Saujana 2/D, Tmn Prima Saujana, Kajang (dekat Giant Kajang)….kalau sukakan masakan lomak cili api 🙂
Huh! dekat giler ngan rumah aku.. kenal ke owner dia? hehee..aku masak sendiri je Joe (kalau ada masa)
tersangatlah ramah toke kedai ni 🙂
aku memang tabik dengan brader ni[toke kedai] 🙂
aku rasa ko pun kenal,nak tahu gi lah sesekali makan kat situ 🙂
*clue – seorang pejuang yang sejati*
Pejuang sejati eh..ada kena mengena ngan Bro Nawar ke?..Aku kena pergi ni.. 😉
senang cakap kalau bersembang dengan dia memang best![kalau dia tak sibuklah]
*dia tu pelukis kartun,penggiat seni,pengkritik hebat:) *
** apa daaa….rumah dekat pun tak pernah sampai situ lagi :)**
Aku dah jumpa kedai tuh!..Tapi selalu tutup je..aku mesti try gak masak lomak cili api kat situ..siapa la kartunis tu agaknya…Ujang, Ubi…mmmm
wah ini sudah bagus..
makanan sedap pastu dpt diskaunt untk perfume lak tu..
Memang bagus Dno..perfume original tuh!!
hoho. takkan lah isteri bro beli yg tiruan je. hehe.
huhu. dah lama tak makan masak lemak cili api. tapi nasib baik kat kanada ni ada kawan pandai masak lemak, cuma tak berapa pedas lah, tu je. hehe
Memang kreatif teknik promosi & pemasarannya. 🙂
bagus kan?
sebuah hadiah yang istimewa 😉 heeee
hadiah dari isteri semestinya istimewa…