Seminggu kebelakangan ni aku penat giler…dengan projek yang mengerah keringat aku sehingga jam 3-4 pagi.. Ada pulak hal-hal kecemasan keluarga yang perlu diuruskan. Penat sungguh badan ini… kadangkala rasa macam Zombie Kampung Pisang.. berjalan pun kepala macam weng je..mungkin akibat kurang tidur. Nasib badan..
Nak mintak tolong dengan sesiapa pun tak dapat..huhuhu. Bukan mengalah, cuma badan yang tak berapa muda ini kadang-kadang fail apabila dikerah di luar kebiasaan. Rasa jeles je tengok orang lain yang nampak hepi.. Tapi satu nasihat yang selalu aku ingat, “kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lebih susah daripada kita” Kerja ni? Belasah je lahhhh
aku tau ko penat bro… sabar jer la.. tapi… bayangkan.. kalau semua penat lelah dan kesabaran ko membuahkan hasil… tentu best kannn ????
memang la..tapi sampai sakit2 belakang sekarang ni…aku memang harapkan yang baik aje…
kerja-kerja jugak adam,badan dan minda perlu rehat jugak 🙂
*trylah makan ubat-ubat kampung bagi badan tu fit semula*
ko ade supply ke? Apa yang disyorkan?
ko tengok blog zainura[kat blogroll aku] 🙂
Ubatan tradisional yang cara penyediaan tradisional kena hati-hati doambil terutama jenis kapsul keran tak cukup halus dikisar boleh merosakkan buah pinggang. Elok makan ubat tradisional yang ada pengesahan GMP dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
cane kita nak pastikan pengesahan Kementerian Kesihatan tu tulen?…sekarang ni macam2 orang boleh copy
Samaler kite, saya punya team ada 12 kepala tetapi yang memikir satu kepala dari kerja kerani, dispatch sehingga kerja manager saya kena urus. Yang lain tahu complain je. Selagi boleh buat saya akan buat sebaik yang mungkin
senasib la kita..kesian kan?
nampaknyer pasni hujung minggu kenalag cari aura yang telah hilang seperti berjoging, meluangkan masa utk sendiri ..keluaga..
Insyallah semua akan berjalan dgn lancar,yang penting kesihatan kena jaga bro..klu badan sakit dah susah nak buat pelbagai keja..huhu…
hujung minggu memang untuk famili…anak isteri pun perlukan perhatian…derang lah yang support dari belakang
Mengenai jogging dah lama tak buat. Sesekali kalau kayu basikal boleh tahan semput nasib dari bujang higga dah berfamili body masih maintain. Biasanya lepaskan stress dan lelah melihat telatak anak kerana ia penyejuk hati
Kita ni sama gak dari segi fizikal…makan camne pun, tak gemuk2…tapi slim tak bermakna sihat kan? Still kena exercise..aku pun minat mountain biking sebelum injured dulu
ada kwan saya prnah mnulis:
kalau kita rasa penat bekerja
cuba ingat berapa ramai yang dibuang kerja
berapa ramai penganggur xdpt2 bkrja
memang betul.. beruntung sebab ade kerja…
huhu. harap2 penat lelah membuahkan hasil bro.
aku suka quote ” kalau kita ingat kita susah, ada org lain lagi yg lebih susah. huhu
takde yang senang kat dunia ni… orang kaya pun ade susahnya jugak